Muslimah:
Puteri Islam Yang Sejati
Wanita
ibarat bunga... cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara... Yang
kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah wanita yang mulia akhlaknya... kerana
akhlaq itu umpama bunga diri.. Tiada guna berwajah cantik tetapi akhlaq buruk..
tiada guna juga berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu... Ibarat bunga..
ada yang cantik bila dipandang tetapi busuk baunya... Ada pula yang kurang
menarik dan baunya juga kurang menyenangkan... Ada juga bunga yang tidak menarik
pada pandangan mata kasar.. tetapi bila dihalusi dengan mata hati, ternyata amat tinggi nilainya.... Wanita adalah makhluk Allah yang
amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan
wanita. Oleh yang demikian, Allah telah menetapkan hukumnya ke atas mereka,
walaupun berat di pandangan mata si jahil dan ingkar tetapi ia adalah kemanisan
iman yang dicicip oleh wanita solehah. Kerana
itulah... Sebagai anak, dia menjadi anak yang solehah... Sebagai remaja dia
akan menjadi remaja yang berhemah.. sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati
suaminya.. sebagai ibu, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang...
dan pastinya sebagai hamba Allah, dia akan menjadi hamba yang tunduk dan
menyerah diri hanya kepada-Nya...
Islam
tidak membedakan kedudukan atau darjat seseorang baik mereka wanita atau lelaki
melainkan berdasarkan ketaqwaan mereka kepada Allah... Firman ALlah dalam surah
an-Nisa', ayat 24 yang artinya... Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang
soleh baik lelaki maupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu
masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun.
Rasulullah
saw pernah bersabda yang maksudnya : Harta yang paling berharga di dunia adalah
wanita yang solehah. HR Muslim
Wanita Menurut Perspektif Islam
Dalam
Islam wanita amat dihormati dan dihargai peranannya. Sebagaimana eratnya
hubungan siang dan malam yang saling melengkapi, begitu juga lelaki dan wanita
diciptakan untuk saling melengkapi. Setiap lelaki dan wanita memiliki
tugas-tugas dan kewajiban-kewajiban yang berlainan, sesuai dengan fitrah
masing-masing. Namun, matlamat hidup setiap lelaki dan wanita adalah sama,
yaitu mencari redha Allah (Mardhatillah).
Allah
telah berfirman, Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki
maupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam
syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun. An-Nisaa : 124
Rasulullah
juga turut menyuruh umatnya supaya memperlakukan wanita sebaik-baiknya
sebagaimana sabda baginda yang maksudnya : Mereka yang paling sempurna
dikalangan mereka yang ikhlas adalah mereka yang mempunyai akhlak yang terbaik
dan yang terbaik dikalangan kamu adalah yang paling baik terhadap isterinya. HR
At-Tirmidzi
Rasulullah
saw telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan menurut fitrah ia
dijadikan sebagaimana dalam sabdanya yang maksudnya.... Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka
diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika
kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu
membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka
berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu. Al-Bukhary dan Muslim
Terdapat
perbedaan diantara pembawaan lelaki dan wanita yang tidak boleh diabaikan. Wanita secara fisiknya lebih lemah
dari kamu lelaki, oleh itu mereka tidak dapat melindungi diri mereka dengan
kekuatan mereka sendiri. Fitrah telah mengurniakan kepada wanita dua ciri iaitu
keteguhan dan rasa malu yang merupakan dua senjata ampuh yang digunakan untuk
memelihara diri mereka. Nilai sebenar
wanita dalam Islam amat bertentangan dengan apa yang diperjuangkan oleh wanita
Barat. Nilai wanita bukan terletak pada pakaiannya yang menonjol, berhias diri
untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan,
rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan. Wanita menurut perspektif Islam
adalah :
Wanita
diciptakan sebagai penenteram dan penyenang hati. Dan diantara tanda-tanda
kekuasaan-Nya ialah, Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu
sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya. Ar Ruum : 21
Wanita
sebagai sumber kasih, sayang dan kelembutan.
Dan
dijadikan diantaramu rasa kasih dan sayang. Ar Ruum : 21
Wanita
berperanan melahirkan zuriat dan memberi pendidikan. Allah menjadikan bagi kamu
isteri-isteri dari jenis-jenis kamu sendiri dan menjadikan dari isteri-isteri
itu, anak-anak dan cucu-cucu. An Nahl : 72
Wanita
Tauladan.. Hayati kisah perjuangan mereka dalam mencari redha ILlahi...
PRIBADI WANITA SOLEHAH
Solehah
Wanita Sebagai Ibu
KEMULIAAN IBU DLM ISLAM
2 rakaat solat wanita yg hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yg tidak hamil.
Wanita yg hamil dpt pahala puasa disiang hari + pahala ibadat dimlm hari.
Wanita yg bersalin dpt pahala 70 thn solat + puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.
Sekiranya
wanita meninggal dunia dlm masa 40 hari selepas bersalin ia disamakan sebagai
mati syahid.
Wanita
yg memberi minum susu badannya kpd anaknya akan dpt 1 pahala drptiap titik susu
yg diberikannya.
Wanita
yg beri minum susu badannya kpd anaknya yg menangis maka Allah beri pahala satu thn pahala solat + puasa.
Kalau
wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2.5 thn maka malaikat dilangit
khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
Seorang
ibu yg menghabiskan masa mlmnya dgn tidur yg tidak nyenyak kerana menjaga anaknya yg sakit mendapat pahala seperti
membebaskan 20 org hamba. Wanita yg tidak cukup tidur pada malam hari kerana
menjaga anaknya yg sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya, bila
dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat.
Kelebihan
Wanita
Allah
Yang Maha Bijaksana telah menciptakan manusia dgn sebaik-baik kejadian.Dan Dia
telah menjadikan hambanya itu berpasang-pasangan. Lelaki + wanita yg saling
memerlukan. Sebahagiannya menjadi pembantu kpd sebahagian yg lain. Kemuliaan
manusia hanyalah dlm agama sejauh mana mereka dpt mentaati perintah Allah dengan cara Nabi
s.a.w. Allah telah mengurniakan kepada
wanita dengan berbagai kelebihan. Syarat untuk wanita masuk syurga begitu mudah. Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda :
Seorang
wanita yg mengerjakan solat 5 waktu, berpuasa wajib sebulan, memelihara
kemaluannya serta taat kpd suaminya maka pasti dia akan masuk syurga dari pintu mana saja yang
dikehendakinya. (HR Abu Nuaim)
Ab.Rahman
bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda :
Seorang
wanita solehah lebih baik dari 1000 lelaki yg tak soleh. Dan seorang wanita yg
melayan suaminya selama seminggu maka ditutupkan baginya 7 pintu neraka, dibuka
8 pintu syurga yg mana dia dpt masuk dari pintu mana saja tanpa hisab.
Siti
Aisyah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda :
Tidaklah
seorang wanita yg haidh kecuali haidhnya merupakan kifarah bagi dosa2nya yg
telah lalu. Dan pada hari pertama haidhnya membaca : Alhamdulillahi 'ala kulli
hal wa astaghfirullaha min kulli zanbin, maka Allah menetapkan baginya bebas
dari neraka, dgn mudah melalui sirat, aman
dari siksa bahkan Allah mengangkat ke atasnya darjat 40 org syuhada
apabila dia selalu berzikir kpd Allah selama haidhnya.
WANITA YG MULIA DLM PANDANGAN ALLAH.
Abu
Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda :
Sebaik-baik
wanita adalah apabila engkau pandang dia maka dia menggembirakan, bila engkau
perintah dia taat, bila engkau tiada dia menjaga hartamu dan menjaga pula
kehormatan dirinya.
Ada
sebuah riwayat bahwa pada zaman Nabi s.a.w ada seorang lelaki yg akan berangkat
utk berperang dijln Allah. Dia berpesan kpd isterinya, Wahai isteriku
...janganlah sekali-kali engkau meninggalkan rumah ini sehingga aku kembali. Secara
kebetulan ayahnya menderita sakit...maka wanita tadi mengutus seorang lelaki
menemui Rasulullah s.a.w. Baginda bersabda kepada utusan itu, Agar dia taati suaminya. Demikian pula wanita itu mengutus utusannya bukan
hanya sekali sehingga akhirnya dia mentaati suaminya tidak berani keluar rumahnya. Maka
ayahnya meninggal dunia tetapi dia tetap tidak melihat mayat ayahnya. Dia tetap
sabar sehingga suaminya pulang. Maka Allah memberi wahyu kpd Nabi yg berbunyi,
Sesungguhnya Allah telah mengampuni wanita tersebut disebabkan ketaatannya
kepada suaminya. Dalam riwayat yang lain mengatakan bahawa Allah turut
mengampuni dosa ayahnya disebabkan ketaatan anaknya itu.
Inilah
sebenarnya perkara yg menyebabkan wanita diredhai oleh Allah bukannya dalam
persamaan hak yg seperti dituntut oleh penjahil agama.
Sedangkan
dalam peristiwa Israk Mikraj, Nabi telah melihat ke dalam syurga yang mana
Allah masukan wanita ke dalam syurga 500 tahun lebih awal dari suami mereka...dan bila melihat ke dalam
neraka Nabi dapati 2/3 dari penghuninya adalah wanita.Oleh itu takutilah kita
semua akan ALLAH....
KELEBIHAN
WANITA
Abdullah
bin Masud meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda :
- Apabila seorang wanita mencuci pakaian suaminya maka Allah mencatat baginya 1000 kebaikan, di ampunkan 2000 kesalahan bahkan segala sesuatu yg disinari matahari akan memohon ampun baginya, Allah mengangkat 1000 darjat untuknya.
- · Maulana Syed Ahmad Khan dlm bayannya menceritakan kelebihan yang dimiliki oleh wanita. Katanya: Seorang wanita yg solehah lebih baik dari seorang wali Allah.
- · Wanita yg menguli tepung dgn membaca Bismillah akan diberkati Allah rezekinya.
- · Wanita yg menyapu lantai dgn berzikir dpt pahala spt membersihkan Baitullah.
- · Wanita yg solehah lebih baik dari 70 org lelaki yang soleh.
- · Allah akan berkati rezeki apabila wanita memasak dengan zikir.
- · Seorang wanita yang menutup auratnya dengan purdah ditingkatkan oleh Allah nur wajahnya 13 kali dari wajah asal.
Semua
org akan dipanggil utk melihat wajah Allah yang Maha Indah di akhirat nanti
tetapi bagi Allah sendiri akan datang untuk berjumpa dengan wanita yang memberati auratnya yaitu yang
memakai purdah dgn istiqamah.
Pengorbanan
seorang wanita amat dihargai oleh Allah & rasulnya. Cuma kita kurang mengetahui kelebihan yg dikurniakan kpd kita semua. Sehinggakan hari ini
manusia Islam mencari sesuatu selain dari agama krn merasa pengorbanan mereka tidak
dihargai. Dan mereka turut melaungkan persamaan hak seperti di barat. Ini semua
bukanlah salah mereka...tetapi kitalah yg bersalah kerana kita lupa bahawa kita
ini umat yg dianugerah kan dgn tugas kenabian.Memberi harapan & bimbingan kpd
manusia...
WANITA SOLEHAH SEBAGAI ANAK
Allah
SWT telah berfirman yang maksudnya :
Dan
Rabb-mu telah memerintahkan supaya kamu jangan beribadah selain kepada-Nya, dan
hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu-bapa mu. Jika salah seorangdiantara
keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, sekali-kali
janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ah dan jangankamu membentak
mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua
dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah :
Ya Rabbi, kasihanilah mereka kedua-duanya, sebagaimana mereka berdua telah
menyantuni aku waktu kecil. Al Isra' 23-24
Allah
memerintahkan agar manusia berbakti kepada kedua ibu bapa mereka dan mentaati mereka. Bagi wanita ketaatan mereka
sebelum mereka berkahwin adalah kepada kedua ibu-bapa mereka dan selepas
berkahwin, kepada suami mereka.Menyakiti hati kedua mereka adalah merupakan
dosa yang amat besar. Ismail Ibnu Umayyah telah berkata :
Seorang
lelaki meminta nasihat : Wahai Rasulullah, berilah aku wasiat. Rasul menjawab
Janganlah engkau menyekutukan Allah dengan sesuatupun, sekalipun engkau dibakar
atau dibelah dua. Ia berkata Wahai Rasulullah, tambahkanlah. Rasulullah
menjawab, Berbaktilah kepada kedua ibu-bapamu, jangan sekali-kali engkau
meninggikan suara di hadapannya. Jika keduanya memerintahkan engkau untuk
mengeluarkan hartamu, maka keluarkanlah bagi keduanya. Lelaki itu meminta
kembali : Wahai Rasulullah, tambah lagi selain itu. Rasulullah menjawab,Jangan
engkau meminum khamar (arak), sebab khamar
itu adalah kunci segala kejahatan. Lelaki itu meminta kembali, Wahai
Rasulullah, tambahkanlah untukku selain itu. Rasulullah saw menjawab, Didiklah
keluargamu dan berilah mereka nafkah sesuai dengan kemampuanmu, dan janganlah
engkau mengangkat tongkat (lisan)mu namun berbuatlah agar mereka takut kepada
Allah. HR Imam Ibnu Majah.
Adab anak terhadap kedua ibu-bapanya.
Berbuat
baik dan berlemah lembut terhadap mereka.
Mentaati
perintah kedua mereka selagi tidak bertentangan dengan perintah Allah.
Melihat
wajah mereka dengan kasih sayang merupakan ibadah.
Mendoakan
mereka berdua dengan doa yang baik.
Menjaga
hati mereka berdua dan menggembirakan mereka.
Menjalinkan
silaturrahim dengan sahabat-sahabat mereka.
Menziarahi
kubur ibu-bapa jika mereka telah meninggal dunia.
WANITA YANG DIMURKAI ALLAH
PERKARA YG AMAT DIBENCI ALLAH PADA SEORANG WANITA
Kepada
wanita yang tidak menutup aurat Allah berfirman, Hiduplah dengan apa yang kau
suka. Allah melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang
bukan muhrim.
Perempuan
yg memakai kain yang tipis + jarang, untuk menarik perhatian lelaki bukan
muhrim atau memakai segala yg mendatangkan keghairahan kepada orang lain maka
dia tidak akan mencium bau syurga.
Wanita
yg jahat lebih buruk dari 1000 org lelaki yg jahat.
Sebagaimana
Allah suka dgn wanita yg yg solehah, Allah juga sgt murka kpd beberapa jenis
wanita. Oleh itu sgt perlu bagi kita mengetahui perkara yg dapat menyebabkan
kebencianNya supaya kita terhindar dari kemurkaanNya. Kemurkaan Allah pada hari
kiamat sgt dahsyat sehingga nabi2 pun sgt takut. Bahkan Nabi Ibrahim pun lupa
bahawa dia mempunyai anak yg bernama Nabi Ismail krn ketakutan yg amat sangat.
Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda:
Seorang
wanita yg berkata kpd suaminya, semoga engkau mendapat kutukan Allah, maka dia
dikutuk oleh Allah dr atas langit yg ke7, mengutuk pula segala sesuatu yg
dicipta oleh Allah kecuali 2 jenis makhluk yaitu manusia & jin.
Ab.Rahman
bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda:
Seorang
yg membuat susah kpd suaminya dlm hal belanja atau membebani sesuatu yg
suaminya tidak mampu maka Allah tidak akan menerima amalannya yg wajib & sunnatnya.
Abdullah
bin Umar r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda:
Kalau
seandainya apa yg ada dibumi ini merupakan emas & perak serta dibawa oleh
seorang wanita kerumah suaminya. Kemudian pada suatu hari dia terlontar kata2
angkuh, engkau ini siapa? Semua harta ini milikku, engkau tidak punya harta apapun, maka hapuslah semua amal
kebaikannya walaupun banyak.
Nabi
s.a.w adalah seorang yg sangat kasih pada ummatnya, terlalu menginginkan
keselamatan bagi kita dr azab Allah. Beliau menghadapi segala rupa penderitaan,
kesakitan ,keletihan & tekanan. Begitu juga air mata & darah baginda
telah mengalir semata-mata krn kasih-sayangnya terhadap kita.
Maka
lebih-lebih lagi kita sendirilah yg wajar berusaha utk menyelamatkan diri kita,
keluarga kita & seluruh ummat baginda. Sebagai penutup ikutilah kisah
seterusnya ini sebagai iktibar bagi kita.
Ali
r.a. meriwayatkan sebagai berikut:
Saya
bersama Fatimah berkunjung kerumah Rasulullah & kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kpd beliau, mengapa tuan menangis wahai Rasulullah? Beliau menjawab, pada malam aku di Isra'kan kelangit, daku melihat
org sedang mengalami berbagai penyeksaan...maka bila teringatkan mereka aku
menangis.
Saya
bertanya lagi, wahai Rasulullah apakah yg tuan lihat? Beliau bersabda: Wanita
yg digantung dgn rambutnya & otak kepalanya mendidih. Wanita yg digantung
dgn lidahnya serta tangannya dipaut dr punggungnya sedangkan aspal yg mendidih dari
neraka dituangkan ke kerongkongnya. Wanita yg digantung dgn buahdadanya dari
balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.
Wanita yg digantung, diikat kedua kaki & tgnnya ke arah ubun2 kepalanya
serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking. Wanita yg memakan
badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yg menyala-nyala dgn hebatnya.
Wanita yg memotong badannya sendiri dgn gunting dr neraka. Wanita yg bermuka hitam
& memakan ususnya sendiri. Wanita yg tuli, buta & bisu dlm petineraka
sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut) &
badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra. Wanita yg berkepala spt
kepala babi & keledai yg mendapat berjuta jenis siksaan.
Maka berdirilah Fatimah seraya berkata, Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku... ceritakanlah kpd ku apakah amal perbuatan wanita2 itu.
Rasulullah
s.a.w bersabda, Wahai Fatimah, adapun tentang : Wanita yg digantung dgn
rambutnya krn dia tidak menjaga rambutnya (dijilbab) dikalangan lelaki.
Wanita yg digantung dgn lidahnya krn dia menyakiti hati suaminya dgn kata-katanya. Kemudian Nabi s.a.w bersabda: Tidak seorang wanita yg menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuatnya mulutnya kelak dihari kiamat, selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.
Wanita yg digantung dgn lidahnya krn dia menyakiti hati suaminya dgn kata-katanya. Kemudian Nabi s.a.w bersabda: Tidak seorang wanita yg menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuatnya mulutnya kelak dihari kiamat, selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.
Adapun
wanita yg digantung dgn buah dadanya krn dia menyusui anak org lain tanpa izin suaminya. Adapun wanita yg diikat dgn kaki & tangannya itu krn
dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dr haidh & nifas. Adapun
wanita yg memakan badannya sendiri krn suka bersolek utk dilihat lelaki lain
serta suka membicarakan keaiban org. Adapun wanita yg memotong badannya sendiri
dgn gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal)
dikalangan org yg banyak dgn maksud
supaya org melihat perhiasannya dan setiap org jatuh cinta padanya krn melihat
perhisannya.
Adapun
wanita yg diikat kedua kaki & tangannya sampai ke ubun2nya & dibelit
oleh ular & kala jengking krn dia mampu mengerjakan solat & puasa, tetapi
dia tidak mahu berwudhuk & tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.
Adapun
wanita yg kepalanya spt kepala babi & badannya spt keledai krn dia suka mengadu-domba(melaga-lagakan org) serta berdusta. Adapun wanita yg
berbentuk spt anjing krn dia ahli fitnah serta suka marah-marah pada suaminya.
Dan
ada diantara isteri nabi2 yg mati dlm keadaan tidak beriman kerana mempunyai
sifat yang buruk. Walaupun mereka adalah isteri manusia yang terbaik dizaman itu. Diantara sifat buruk
mereka: Isteri Nabi Nuh suka mengejek & mengutuk suaminya. Isteri nabi Lut
suka bertandang ke rumah orang.
Semoga
Allah beri kita kekuatan untuk mengamalkan kebaikan dan meninggalkan keburukan.
Kalau kita tidak berasa takut atau merasa perlu berubah... maka kita kena
khuatir . Takut kita tergolong dlm mrk yg tidak diberi petunjuk oleh Allah. Nauzubillahi min
zalik.
Katakanlah kepada wanita yang beriman: hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera putera suami mereka, atau saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera suadara perempuan mereka atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak memiliki keinginan terhadap wanita, atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukul kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.(QS: 24:31)
Ayat Of The Day:
وَمَن
كَانَ فِي هَٰذِهِۦٓ أَعۡمَىٰ فَهُوَ فِي ٱلۡأٓخِرَةِ أَعۡمَىٰ وَأَضَلُّ سَبِيلٗا
٧٢
Dan
barangsiapa yang buta (hatinya) di dunia ini, niscaya di akhirat (nanti) ia
akan lebih buta (pula) dan lebih tersesat dari jalan (yang benar).(Al-Quran,
Surat AlIsraa 17:72)
dan
Dia (menundukkan pula) apa yang Dia ciptakan untuk kamu di bumi ini dengan
berlain-lainan macamnya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar
terdapat tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang mengambil pelajaran.(Al-Quran,
Surat AnNahl 16:13)
0 komentar:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !